Jumaat, 22 Julai 2011

Tamat

Hari ini tamat sudah Kursus Dalam Perkhidmatan di Melaka. Banyak pengalaman berguna yang tidak ternilai olehku dan akan ku gunakan sebaiknya. Sahabat handai yang terdiri dari pelbagai status dan umur seperti pada tahap yang sama membuatkan ku berasa tidak kekok berada di sini walaupun menyertai kursus lewat beberapa hari. Terima kasih sahabat dan guru-guru yang sudi menyampaikan ilmu. Budi kalian tidak akan aku lupakan, semoga dapat ku sampaikan pada insan lain kelak..

Selasa, 19 Julai 2011

Seloka Pak Kaduk - Slot bersama Encik Ramli


Pak Kaduk (seloka)

Sungguhlah malang nasib Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Adapun rumah bertandang duduk
Rumahnya runtuh awak menumpang

Pak Kaduk oi Pak Kaduk
Kalah sabung cuma menang sorak
Pak Kaduk oi Pak Kaduk
Kurang fikir sebab banyak borak

Sabtu, 9 Julai 2011

Pengalaman memandu jarak jauh bersendirian

Semalam adalah pengalaman pertama saya memandu sendirian di dalam jarak yang jauh...pada mulanya berjalan lancar...di pertengahan jalan rasa mengantuk pun datang...macam-macamlah dilakukan supaya rasa mengantuk itu hilang...akhirnya saya selamat tiba ke destinasi walaupun tersalah mengambil laluan yang menyebabkan saya pusing 1 Seremban..hehehe :p

Rabu, 6 Julai 2011

Rabu....ilmu baru lagi

6/7/2011

Hari ni dapat ilmu baru lagi...belajar buat buku program....bagus juga ilmu ni..lepas ni bolehlah mencuba sendiri... : )

Isnin, 4 Julai 2011

Assalamualaikum....

KDP 4 minggu di Melaka telah memulakan lembaran blog ku...mungkin  terlambat sampai daripada kawan-kawan lain yang telah bermula pada hari Isnin minggu lepas...diharap selepas KDP ini aku akan menjadi seorang guru BM yang lebih berkeyakinan mengajar BM walaupun ini bukanlah opsyenku :)